::JOM IKUT CEK LALA::

::KITA KAN GENG!!::

April 30, 2009

::UMUR KITA DALAM BULAN ISLAM::

Tahu Tak Berapa Umur Kita Dalam Bulan Islam?

Sekadar renungan dan 'muhasabah' diri dari lanjutan ilmu 'TARIKH LAHIR' dan perilaku kita sebagai hamba di muka bumi ini. Sampai-sampaikanlah .

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM HIJRAH

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan.

Download DISINI utk mendapatkan pengiraan tarikh lahir dalam dalam bulan Islam Hijrah.
Kemudian Carilah bulan Islam anda...

MUHARRAM :
Bersifat pendiam, sihat fikirannya.
Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan
yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya.
Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR :
Tabiatnya buruk.
Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari.
Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL :
Perwatakannya baik.
Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga.
Dalam pekerjaan ramai yang suka.
Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR :
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap.
Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu.
Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL :
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi.
Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya.
Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR :
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya.
Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah.
Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB :
Semasa kecilnya dia degil dan nakal.
lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik..
Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil.
Walau bagaimana pun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA'ABAN :
Perwatakannya baik.
Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.
Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya.
Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

RAMADHAN :
Dia baik, pendiam, suka merendah diri.
Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya.
Dia tidak suka menonjolkan diriya.
Kehidupannya selalu selamat.


SYAWAL :
Perwatakannya keras.
Hatinya keras.
Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain.
Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH :
Perwatakannya pendiam.
Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk.
Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru..
Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


ZULHIJJAH :
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula.
Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri.
Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya.
0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya.
Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan


*Aku lahir dalam bulan Ramadhan...
*Memang betul pon, sbb aku baru jer tanya mak aku...
Alhamdulillah..

::I LUV ISLAM::




Dapatkan Mesej Bergambar Menarik Yang Bercirikan ISLAM di Sini

April 29, 2009

::TAHNIAH::

INI MY LUVLY YOUNGER SISTER!
Satu-satu nyer adik perempuan aku...
Hari ni, adalah hari yang bahagia dan indah utk dia n all my family!
We Proud of U dik!!

Nama panggilan timang-timangan atau nama manja dia...
OO
hehehe.. sebut laaa... OO
Betul.. sume org panggil dia.. OO
Satu family aku, orang tua.. budak kecik.. makcik, pakcik.. kengkawan dia
sume panggil dia.. OO
Sampai anak bujang aku pon tahu nama Acu dia..
"adik.. nama acu apa?"
"OO"
hehhehehe..
Nama betul dia Nurul Syazwanie..
nama panggilan.. OO

Hari ni hari Konvo dia dan juga Konvo untuk semua pelajar-pelajar
Politeknik Tanjung Malim
TAHNIAH UNTUK KORANG!!!

Tahniah OO..

**psstt... wey! akak nk tgk baju hang laa.. *

April 28, 2009

::YEAYYYYY!!!::

YAYYYYY!!!!
Setelah hampir 3 minggu aku berkampung di makmal orang, today aku dah blh kembali ke makmal aku!!!
Makmal aku dah siap direnovate!!!! YeaYYYY!!!
Dah lama aku peram entry ni...
Sebab nyer aku nak buat skali harung...
Aku ni kan 'rajin' dan 'terlebih rajin' mengupdate blog kan... *Motif?*
Itu lah pasal nyerrr...

Okeh... ni gambar2 masa makmal aku di ubahsuai...
Alahhh.. cuma pasang lantai mozek tu ngan cat.. Tu jerkkk...
Tapi tetap rasa syok... sebab Makmal aku dah cantikkkkkk!!

Ini masa kerja-kerja pasang lantai..
Makmal aku jadi sangat berhabuk dan kotor!!
huhuhhu!!


Ini bilik aku *bilik juruteknik* sebelum buat apa2..

Bilik aku dah pasang lantai...


80% dah siap tu pasang lantai complete

DANNNNNN.....

Ini Bilik aku yg telah di cat!!
Pink OK!!!
aku nak pilih merah.. Bos aku tak kasik!
hahahhahah!!

cantik tak??
Cakap la cantikkkk...
Hermm...
ini baru 90% complete
sebab... barang2 belom di ubah, lantai belom di cuci...
Tu pon aku dah sangat2 teruja!
Tak sabar nak masuk bilik PINKY!
*kak melertzz jgn pitam ok!*
Ahakkkss!


Harap2 akan datang lah aura dejavuuu
bagi semangat aku nak bekerja dalam suasana baru...
InsyaAllah...

April 27, 2009

:: SEBEL DAN OUTING::

Sabtu lepas adalah hari yg sangat 'sebel' utk aku!
Utk sekian kali.. aku menjadi marah atau ala ala tunjuk merajuk sebab permintaan tak ditunaikan! Heshh!! Ape kena lah ngan aku kan?
Sudah nyer.. sabtu itu aku tidak melakukan sebarang kerjaan termasuk lah memasak..
hatta memasak sarapan!! Huhuuhuu!!!
Kijam kah aku hanya membiarkan anak2 ku minum susu jer pagi tu..
aku pon minum ayor pearl coco jer pon.. cicah ngan sekut!
Masuk jam tengah hari.. perut aku mula berkeroncong..
Dan aku yakin, anak2 daku jua kelaparan.. walopon drg tak minta nasi lagi.. tapi...
Cara dorang panjat meja makan selongkar segala sekut dan kopok yg ade atas meja,
aku tahu anak2 daku sedang kelaparann...
Huaaghhh.. MAKAN BUDOKKK!!!
Akhirnya, aku bertekad!
Bertekad utk membawa anak2 daku keluar dari rumah ituuu!!!
Yearghhh!! TEKAD aku telah berhasil!!

Aku siap2kan anak2... Start enjin 'My Mewwah'... JALAN...
Babai papa!!
Dok la umah sensorang!!
Kami nak g jenjalan!!
heh! takde lah.. papa nyer g men badminton...
Tu yg wat aku sebel!! janji nak balik ipoh!! tak jadik! HuuuwaaaAA!!

Sebenar nyer ade wat janji jugak pagi tu ngan akak cantik...
tp minit2 terakhir, akak cantik tak jadi g.. PLAN CANCEL! hhuuhu!

Okeh...
Kereta bergerak ke arah utara... dalam kepala cuma nak release kan anak2 jer..
Tp ape2 pon isi pewot dulu... dan aku sampai lah ke JUSCO PERDA...
Gamble taw!
Tapi ini kali ke dua dah aku outing ngan anak2 tanpa papa...
Memang menguji kewibawaan dan kesabaran sket..
tp takpe, ini lah masa nyer aku nak tunjukkan betapa prihatin nyer aku dgn anak2.. *sebab aku kat umh sgt GARANG ok!*

Sampai kat JUSCO PERDA, tpt utama aku tuju.. KFC!!
Isi pewot dulu yer anak2... lapo banget anak2 aku...
Kakak abis seketul drumstik + wedges...
adik drumstik seketul + coslow ibu abis kt dia sorang..
ibu abiskan.. ayam 2 ketul!! ahahahahah!!!
Nampak nau ibu yg lapo tak hengat!
(sori geng! pic tak dek... aku mls nak mengotor kan camera aku dgn jemari ku yg berlemus lemus ittew!)

Abis makan, kami ronda2 lagi... Hazab la aku kena dokong adik..
sbb ibu lupa nak bawak stroller... *adik kan tak ske jalan..*
Sekejap2 tu ok la adik jalan.. pastu nak berdokong jer lah dia kalo takde stroller..
Aku dok berangan jer nak cilok stroller barang kot ade sape2 yg tertinggal kat tepi2 tu...
Tapi nan adooo!!
Hazabbb la aku berdokong sgale...
Tapi pastu, mata aku tertancap ke arah sesuatu yg sangat best utk anak2 aku...
di sini!! (sini leh amik gambo sbb tgn dh bersih)

Berhabisan lah duit2 ku di sini...
30 menet 4 hengget ok!
takpe lah.. utk anak2 i kan.. i redo jer lah...
Memang anak2 daku sangat teruja hokkay!!!
Masuk jer tpt tu terkinja-kinja dorang tatau nak memilih nak main ape...





Kluar dr Wonder Park tu, p lak kat mesin menghabiskan duit hengget..
Nak elak, tak leh dah.. sbb berdepan jer pon ngan tpt drg main memula td..
Sebelum masuk kat Wonder Park tu dah kakak dh ura2 nak ke situ..
Akhir nyer.. redo lah lagi aku...
Tapi aku sangat hairan dengan perangai anak dara ku nan sorang itu!
umo bari 4 tahun, tak masuk lagi tau.. bulan 9 ni 4 tahun genap..
tapi ke perangai nyer! MashaAllah!!
Macam dia tu dah besar... Ke sana ke sini, merata alam dia lencong!
Sorang2 pon relek jer dia.. tak takut lansung!
Aku pulak mata mmg tak lepas dok tengok dia jer.. mana lah tau!
Anak dara aku tu kan seksi mcm ibu nyer, hehhehe...
Zaman skang, aku mmg tak percaya!
Takut wehhh... Nak ada anak sorang pon bukan nyer senang!
Ni kang senang2 jer.... Heshhh!! Nauzubillahhh!!!


Ibu beraksi serius ok!!

Aku sangat teruja dgn menatang neh!
Sangat comel tgk budak2 tu dok usung dia..
Kayuh ngan kaki.. tangan leh pusing2 stereng
ala ala mcm naik keta betul jer kekdah nyer!
Comel kan?


::MENG'upin' KAN ADIK::

Ini rambut asal Mamat aka Adik...
Tapi disebabkan ruam2 itu.. ibu nekad nak 'upin' kan rambut adik...
Memang rambut nyer dah panjang dan tebal!
Walopon rambut adik tak setebal rambut kakak,
Tapi ibu tetap kesian tgk ruam2 yang berkeliaran
di atas kepala adik...
Dan petang semalam, adik telah di 'kerja' kan oleh papa..
itu pon atas desakan ibu yg kata nya mls nak start keta ke kedai mamak gunting rambut!
DAN!!
HASIL NYER!

Awal-awal minit pertama, papa sodok rambut adik,
adik relek dok atas mangkuk jamban
sambil diperhatikan oleh kakak dgn penuh minat...
Ibu masuk bilik, rambut adik dh separuh togel kena sodok
*ala ala mcm kepala zaibo!* heee..
Bila adik nampak ibu, terus buat peel tak sepatutnya!
Memula, teriak sikit2 sebab rasa geli2 dgn rambut dia yg dh kena sodok tu...
Pastu papa suh duk diam.. adik kuatkan sikit volume teriakan...
Sambil dok buat muka geli ngan mesin sodok tu..
ibu bersuara suh dok dendiam, terus adik menjerit-jerit macam kena histeria!
Kepala dok bertobek sana sini..
Adik dah mcm kena sampuk punya mengulupor..
Sudah nyer... ibu dokong adik.. ngan ibu-ibu skali mcm kena gunting rambut!
Penuh rambut adik atas ibu *padahal aku baru je mandi!!*
Adik still tak diam nangis nyer...
Tah nape lah.. sebelum2 ni ok jer kalo gunting rambut!
Dia dok jelir2 lidah tunjuk kat ibu ade rambut dlm mulut dia..
Mana tak nyer.. teriak mcm nak putus urat..
mana rambut tak masuk mulut!

Setelah papa berhempas pulas...
Akhirnya berjaya jugak papa menghabiskan sodokan...
Badan ibu penuh rambut.. bawak adik mandi..
Geram tak.. masuk jer mandi.. boleh gelak2 Si Mamat tuh!!
haihhh!!


Sama tak??
Telinga capang itu sudah pasti...
kekekkekekee..


::MYSELF & MY LOVED::


Kau Aku
Aizat

kau dan aku adalah satu tak kira apa,
segala rintihan aku engkau selalu ada.

biar kata memisah kita,
biarkan saja,
kerana terbiasa.

Chorus:
mengejar mimpi yang pasti akan aku sentiasa merasa kehilanganmu,
ku akan tunggu saat bertemu,
tiada henti walau dimana kita berdiri di dalam dunia ini,
biar sampai akhirnya nanti.

semua tak terang di mataku walau warnanya menyala,
ingin merasa namun aku tak akan cuba,

biar kata memisah kita,
biarkan saja,
kerana terbiasa,

(Chorus)

Akhirnya nanti..BIAR SAMPAI AKHIRNYA NANTI..WOOO~

(Chorus)

Biar sampai akhirnya nanti x4

Download Lagu DISINI

*Aku ske tgk citer 'Merah Putih' tu...
*Ape eh nama pelakon yg nama Merah tu?
Ade rope Ikram Dinzly kan sikit2??
*Korang layan tak citer ni??

April 24, 2009

::KISAH ANAK BUJANG KU::

OK!!
-LUPAKAN CERITA KEPARAT ITU!-
-BIKIN HILANG VOUGE MAKKK JERK TAW!-
-MASIH ADA SUARA TAK PUAS ATI DI LUAR SANA-
-TAKPA... BIARKAN DIA...-


Ni aku nak citer pasal anak bujang aku yg makin hari, makin hensem di mata ibu n papa!
Walopon tubuh badan mu cekeding *like father,like son*, tp Adik tetap ensem dan comey! Asalkan adik sehat... Itu sudah mencukupi..

Tapi lately ni badan adik abis naik ruam2.. bawah leher, belakang badan, montot,
Dan ruam2 tu bila kering buat kulit adik abis jadi kasar2..
Now every nite ibu akan lumur la badan adik ngan baby oil...
Baru 2,3 ari lepas, ibu baru teringat ade saki baki bedak sejuk.. ibu pon tempek lah kat badan adik...
Bukan ape.. ibu dah tak laratttt!! :(( tetiap malam adik mengamuk...
"ataiii!! ataiii!!" -badan dia gatal2-
ibu pon dlm pejam, garu la kt mana yg adik gatal...
"shinii.. shiniii.. Aaaaa... ataiii... shiniii ibuuu...aaaaa!!" -merata rata tempat adik suh ibu garuk-
ibu dah tak tahannnn.. ibu ngantokkkkkkkk la adikkkkkkk!!!
Nape adik wat ibu mcm niiii!!

Ruam di badan adik.


EHH!!
adik buat ape tu??
hurmm...
Itu lah peel adik.. kalo adik nk.. nk.. nk.. poo poo! hehehhe
nyorok sana sini... cari feel merata tempat..
paling best kalo dpt tangkap memek muka waktu aksi meu'uk!
hahahhahah!!
HAH!! KANTOI DAHHH!!
JOM BASUHHH!!!
UCUKKKKKKKKKKKKKKK!!!


Hah ni lagi...
Sejuk perut ibu ngandung tgk anak bujang ibu mcm ni...
-letak sejadah comey-
-betul betul kan.. *kiblat salah lah sayang! huhu*-
-angkat takbir ke tu?-
-alamakk!! tertonggeng sudah!-

-dah selesai... Amin..-
-eh.. ade iklan best la..-
-layan jap..-


Eh ni ape kes plak ni??
Kes tido dalam keta!
Ini masalah mengantuk tahap kritikal..
Tapi ibu paksa jugak keluar malam2 buta!
Sudah nyer anak bujang ibu yg telinga capang ni buat aksi terlampau dalam keta..
Dah mengantuk sesangat, pejam mata sambil berdiri..
pujuk suh duduk, "Amauuu laaaa!!" *hah.. amik kau! ajak aku kluar lagi*
Mata dah pejam, kepala dah terhangguk hangguk..
pujuk lagi.. tarik pelan2.. suh baring!
"Arrghhhh!!" bangun balik berdiri! Mata pejam celik pejam celik.. Pejamm..
Pejammm..
Sampai lah kesudahan nyer mcm itu lah gaya...

INI LAH KESAYANGAN PAPA DAN IBU..
ADIK MANJA TELINGA CAPANG PUSAR DUA..
MUHAMMAD SHAH DARWISH!

*skang pesen nak berjalan, rambut nak buat pacak!* (mcm papa laa)


::DA QUEEN OF LANTAKHANG!::

Wahhhhh... pagi pagi limun lagi aku dah nak terbeyy***!!
Sakit pewot nehh.. tahan dari semalam lagi... huhuhuu...

Seronok kan bila wat org fanazz pungkoq!!
Tak senang duduk dia...
Pretend macam-macam takut org kata yg dia tu jahatttt la sangat kan..
Kata nyerrr....

Well.. Lebih baik jadi Makcik Laser aka kepoh mcm aku!
Dari jadi pompuan manis mulut, janji kosong konon 'SUCI' lah sangat...
Walhalll...???

Aku tak kata aku ni BAEKKK sangat pon...
Tp bukan dulu ko ke yg kata aku ni like 'ANGEL'?? Aminnnn... Doa tu...
Hahh!!! Lagi satu.. ape ayat ko? "sebab aku perangai mcm ni, -dia- tu leh carik pompuan lain?"
WAhhhh.. Wahh... KO NI POMPUAN SPESIS MACAM HAPER PLAK HAH??
Ehh.. org kalo nak berubah jadi baik... kena la terima SEGALA dugaan taw!!
Bukan senang nak jadi baik cik kak oiii...
Tp memang senang nak jadi RED DEVIL!! HOKKAY!!!
KO TEGUK AYAQ KENCIN SETAN TUH... HAH! DEVIL LAH KO!!!

Lagi satu... tak usah lah RIAK dengan harta benda yang ko ada tuhhH!!!
Ehh.. ko tahu ke apa makna riak?
hahh.. riak tu... " melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.
*egegegge.. tetibe ade tazkirah jumaat plak.. huhuuhu*
Nak beli barang 3, 4 ribu pon nak kecoh satu donia!
Aku tau la mak pak kau banyak duit...
Dan aku tahu.. duit2 tu sume duit mak pak kau!
Bukan duit kau kan??
Kalo kau ADA DUIT, mesti ko dah boleh bagi DUIT yang -dia- tu mintak...
Ini tidak.. macam2 alasan bodoh yang kau bagi!
SEBAB TU LAH HANGENNN!! MINTAK DUIT, BERGUNUNG ALASAN KAU BAGI!
ORG TU DAH MACAM MINTAK SEDEKAH KAU BOLEH SENGEH2 TEPUK TANGAN KAT SANA!!
MEMANG MENTAL LA KO POMPUAN!!

Kau jangan buat2 bangang taktau apa2 okeyy!!
Ko blh citer panjang lebar.. melalut tak tentu arah.. dok ulang ayat2 yang sama.. sebab pengunjung yang kluar masuk belog kau TAK TAHU APE2!!!
DIULANGI.. TAK TAHU APA APA *termasuk toy boy kau tu!*
SAMA GAK MACAM PENGUNJUNG BELOG AKU NEHH!!!
HELOOOO... INI DUNIA BELOGING HOKKAY!!
BELOG KAU, TEMPAT KAU LUAHKAN APA SAJA YANG KAU SUKA!!
ORANG BAGI KOMEN, TAK SEMESTI NYA ORANG TU TAHU APA MAKSUD ISI ENTRY KAU!!
APA KAU PIKIR?? KELAT?
BODOOOO PIANGGGG!!!!

Aku memang leser HOKKAY!!
Lebih baik jadi leser macam aku!
At least orang tahu di realiti dan maya.. aku adalah orang yang sama!
BUKAN BERMUKA MUKA atau BERTOPENGKAN SCREEN KOMPUTER!

Aku lebih senang mcm ni!!
Apa yang korang nak JUDGE aku... TERPULANG!!
AKU SEDIA TERIMA!!!

CUMA AKU TAK PUAS HATI KALO MASIH ADA YANG BUAT TAIKKK KAT -dia-!!
AKU TAU -dia- TAK SEMPURNA!!!
AKU TAU -dia- BANYAK KESALAHAN!!!
BANYAK KELEMAHAN -dia-!!
AKU TAHU BANYAK TENTANG -dia-!!!
TAPI BUKAN DENGAN CARA MACAM TU KAU NAK BALAS BUDI BAIK -dia-!!!
SEBAB... AKU JUGA TAHU -dia- TAK PERNAH BUAT JAHAT KAT ORANG!!!

BAHAGIA LAH KAU DENGAN KEHIDUPAN KAU SEKARANG!!
SAMADA IANYA HANYA REKAAN KAU ATAU FANTASI KAU,
KAU SORANG JER YANG TAHU!!!!

Entry takde kene mengena dgn tajuk yerr...
Ehh.. ke ade sikit2???
Ade ke???
emememmememee....

April 22, 2009

::TING TONG KONG::


Kepala otak aku tgh TING TONG!
Aku lagi sedang beridea BANGANg nak ckp direct!
Boleh dak aku nak ngutuk sket?
Alahhhh... Aku pon tgh TING TONG...
Kalo ko nak amek kesah ke tak nak amek kesah ke...
ITU LU PUNYA PASHALL!!
YeaaarrggHHH!!

Sakit tau pale lutut aku mikirkan apelahh sebenarnya masalah
jiwa raga seorang perempuan ittew!
Walopon ekceli aku tidak la sampai sakit pale betul2 kan...
Sekadar mengandaikan pada korang jerk laa...

Nape eh?
Nape seorang perempuan ittew sgt tega menceritakan tentang kisah cinta dia yg dh lepas ittew?
Seolah-olah spt mengharapkan sesuatu dtg melutut dan menagih dia kembali??
Errkkhhh...
Tp ape yang aku tahu..
Aku sgt yakin dan seyakin yakin nya..
Semua tu dah tak mungkin akan terjadi utk kali ke 2!!
Yeahh.. mungkin itu hanya luahan dia...
Meluahkan saki baki perasaan yang selebihnya hanyalah RASA BERSALAH!!!

Huh!!
Kalo lah orang yg baca sume tu adalah orang yang berada di tempat duduk aku, pasti ada kutukan yang terhambur! ITU PASTI!!
Sebab aku adalah ORANG yang tahu akan SUME KEBENARAN!!
Realiti nya aku tahu...

Heee.. TOLONG LAH!!
Aku jemu tau baca sume ayat-ayat poyo kau tu!!
Aku tahu -dia- pon jemu dah dengar setiap bait ALASAN kau yg sama setiap kali dia -MEMINTA- dari kau!!
Sudah lah okeyy!!
Pada aku 1 jer yg aku pasti...
Selagi kau tak BAYAR ape yang -dia- mintak tu, selagi tu lah hidup kau akan terus diselubungi misteri RASA BERSALAH!
Betul tak?? Betul tak??
Huurrmmm..
BELUM BERSEDIA?? -Ape makna ni wey??-
Kau belum bersedia sebab kau xdak apa yg -dia- mintak tu ke??
Kau belum bersedia nak kena maki hamum dari -dia- ke??
Atau.. Kau belum bersedia nak mandrem kan -dia- lagi dgn ayat-ayat poyores kau tu??
Ehh.. CHOP! CHOP! nt jgn ko ckp plak, yg -dia- tak penah maki hamun kau!! F**k U laaa!!

Ok laa.. ok laaa...
Mungkin aku tak faham la ape yg kau rasakan...
Tapi KAU TETAP DALAM PERASAAN RASA BERSALAH KAN?? KAN?
Bersalah pada AKU!!
pada KELUARGA AKU!!
dan espesically pada -dia-!!

Dan sekarang.. aku tak mau cakap banyak!
Kalo kau rasa, entry aku ni aku tujukan pada kau,
lebih baik la kau bagi jer ape yang -dia- MINTAK dari kau!!
Aku tahu kau tahu apa yg -dia- mahukan..
Aku sendiri tgk semua sms dari -dia- utk kau!!
Dan dari kau utk -dia-! *sms ko poyo la minah! nak termuntah aku!!*
Tapi, kalo ko nak kan BALASAN dari permintaan -dia- tu,
aku rasa itu bukan cara org yang berfikiran rasional, tapi MENTAL!!!
Dan aku yakin, BALASAN yang kau dambakan dari -dia- tak mungkin akan -dia- tunaikan!!
TAK MUNGKIN!!! NEHI NEHI!!

Dah la weyyy!!
Fenat aku taw type panjang2 nak bagi ko faham!
-DIA- Skang tengah SUSAH kau tahu!!!
Waktu kau susah dulu kat mana -DIA-?
Berhabis habisan utk kau!!
Lupa semua TANGGUNGJAWAB -dia-!!
Skang??
-DIA- minta balik apa yang sepatutnya yg -dia- dapat dari kau!!
MILIK -DIA-!!!
Tapi kau kt mana??
Bagai alasan tak munaserawak sungguh!
yang LANSUNGGG tak masuk dek akal org normal mcm aku neh!
HAduhhhh!! FENATTTTTT!!

**pada anak2 yang kurang memahami apa isi kandungan,
harap jgn memaksa ibubapa anda utk meng explain kan yer..
sebb ini adalah masalah rumah yg ada tangga...

April 21, 2009

::JELAJAH DAN SESAK::

Tak pasal2 semalam aku terjebak dalam kancah kesesakan selama hampir setengah jam!!
Perghhhh.. mcm nak terbakar jer aku dok dalam mewwah...


Aku dok syak igt ade eksiden ke haper.. sbb nampak pak polisi sajork.. Tapi bila aku tgk sgala polis trafik bawak motor besau2, keta peronda polis dok lalu.. Satu hala jalan jer yang di biarkan lengang... Aku dh suspektor yg ade sumtin nak lalu kt kawasan situ.. huhuhu...


Mulut haku tak benti2 dok menyumpah nyumpah dalam keta... Kawan aku plak jenuh dok pk ape bnda yg nak lalu...*kes tak tgk biter la neh!*
Keta depan belakang dh berduyun duyun berderet deret... Aku sangat yakin, sume pemandu bersumpah sumpahan seperti aku jua.. kui kui kui...

Tak lama lepas tu, baru lah kwn aku dapat carik jawapan pada persoalan aku... Owhhh.. ghuper nyer.. Team Siri Jelajah Malaysia 2009 nak lalu!!!
Alahhh.. yg org dok kayuh beskal ramai2 tuhhh... Aku ni tak bape nak ikuti perkembangan berita terkini.. tu yg bebal sket!! Huaghhh!!!


So, persoalan aku tadi pon terjawab sudah.. setelah hampir setengah jam yg kalo lagi 10 menet depa tak lalu, memang melengas la ketiak aku dok dlm keta... Tapi sib baik depa lalu sebelum ketiak aku merembess.. huhuhuhu!
Klik! Klik! kLik!!
Aku tembak la beberapa keping gambar... Heshh!! kata blogger picisan kan... *pinjam ayat kak mya jap..*


Hah kau!! Aku kluar dari USM mengambil masa sengah jam nak ke Taman Pekaka yang biasa hanya 5 menet masa perjalanan... HuHUuhU!!
MENYUSAHKAN BETUL!!

Moral of da story; ghajin ghajin la tengok berita yerk anak anak.. huhuhu!!

April 18, 2009

::WORKING ON SATURDAY!::


FENAT!
FEDUP!
FUSING!
FENIN!
FENFENFENFEN!!
ageggegeggege...
aku KENA keja! Sebab memang KENA!!
Padahal bukan ade keje pon...
Keja aku cuma bukak pintu makmal dan memantau cino cino tu wek kojo!!
Makmal aku sedang dikemaskini.. Pasang lantai mozek...
Nak tak nak.. pemilik makmal yang berkenaan haruslah bekerja *bukak pintu sajork!* di hari minggu...
Walopon!

Anak2 daku sape lah lagi yg blh aku harapkan melainkan jejaka ku nan seorang ittew utk menjaga drg!
Papa day cares!
Awal2 pagi aku dh kelam kelibut berkuntau kat dapor memasak sgala utk dorang...
Bukan nyer xnak suh drg mkn kat kedai jer, tp aku sangat faham kelaku sepasang anak2 ku ittew... Sedangkan aku ni pon blh berpinar kepala melayan kerenah drg makan. Ini kan pulak papa nyer.. Tp aku tak tau la pulak kalo dgn papa drg menjadi baik dan menurut... sbb aku tk penah tgk lagi papa drg jaga anak2 100% dpn mata aku.
Anak2 aku ni, kalo papa ade pon, aku jugak yg drg carik.. Sampai nk tgk citer katon pon, aku yg tgh dok dlm jamban jugak yg drg jerit, padahal papa ade dok tgk tv skali ngan drg! Haruuu.. haruuu..

Aku sebenonyer boring tahap cipan senggugut!
Segala benda dh aku buat...
Tgk video, mkn coklat, main game, bloghop, baca email, fwd email, jumping sana.. jumping sini, tp masih jugak BORING!!
Mood nak mengedit gambo pon dh melayang-layang...
Napa eh??
YM pon sunyi sepi.. xdak sapa pon on9...
Kalo ade pon, aku tak 'BUZZ' sbb ape pon tah..
Tp kalo org 'BUZZ' aku layan la jugak...

Adakah aku dh sampai ke tahap status "SUDAH BOSAN DGN DUNIA MAYA"??
erkkk... *ade ke status mcm tu?*
Tapi ape yg perlu aku tekan kan di sini!!
AKU TAK SUKA KEJA ON SATURDAY!!
BORINGGGGGG!!

Esok lagi sehari... WORKING ON SUNDAY PLAKKK!! huuuwaaaaaaaaaaaaa!!!
PC aku dh kena sulubung... Nak connect tenet, wayar tenet pendek...
Pakai lappy org... sume program yg aku suke xde.. nak kena donlod!
CEH!! 88x!
Dah org bg pinjam, byk songeh la pulak ko LA! Sekeh 88x kang bawu taw!
Ape aku nk buat neh... baru pukul 2.50!!
BOSANNNNNNNNNNN!!!!
NGANTOKKKKKKKKKKKKK!!!!
alalalalalallalalalalalalallalalala!!

April 15, 2009

::BOLEH TAK??::

Dolu dolu aku rajin tepek pic muka aku kan??
kalo sesape rajin belek N3 lelama aku.. ade lah keje tak berpekdah aku tuh...
Now.. aku kembali bersemangat nak tunjukkan muka aku..
sebab ape??
hehehhe.. sebab kulit muka aku now semakin pulih dari segala black head dan white head!
Aku bukan lah dalam kategori wanita cantik atau sempurna...
Cuma aku nak perasan lawa skali skala...
Sape nak puji aku?
Takde sape pon nak puji..
En.Nurul pon puji dalam diam jer... Kalo muka aku elok, diam jer dia...
tapi ce kalo naik sebijik jerawat... Awal² lagi aku dh kena kutuk! CEH!
Muka dia ade jerawat, aku pon bising gak.. hehehhe...
"ape ni yang.. besar naw jerawat neh.. angau kat sape plak dah!"
Itu lah ayat sipi sipi sindiran aku tuk En.nurul si jerawat batu... hehehhe...
*mampos aku kalo laki aku baca!*

Ok OK.. cerita asal...
Aku nak tunjuk muka aku sebelum n selepas...
Sebelum ape?
selepas buat ape?
hehehhe.. JOM tengok!


Ini Pic aku sebelum aku diperkenalkan dengan satu produk kecantikan...
Sebelum ni, produk kecantikan aku hanya loreal (kerana dirimu begitu berharga).
Aku cuma pakai pencuci muka loreal dan krim whitening dia jer...

Sebab, hanya jenama tajuk ni jer yang boleh diterima pakai oleh kulit muka aku.
Kalo aku sesaje gatey nak tuko jenama lain, blh la diterima dlm 2 hari..
Lepas tu, tgk lah bapak segala jerawat timbul di merata alam!
Ai not like okeY!!
ai HATE jegawatt!!
EeeEEUUWwww!!

Lepas tu, nak dijadikan citer, aku n geng menggedik sesaje la gedik melangkah masuk ke kedai spa. Konon nak survey harga nak buat spa.. Skali skala kan nak manjakan badan. Bukan setakat survey, skali terjebak terus!
Nyonya tokey kedai spa tu promote kat kami produk bertajuk "BRUNOVASSARI"
Sape² penah tgk produk tu? sila bitau aku ok!
Memang kat kedai spa dia guna produk tu utk pelanggan yg nak buat facial or spa.
Harga?
Uhhh.. jgn ckp laa...
Nyonya tu suggest aku pakai 3 barang dari produk ni tuk kulit muka aku...

- Aquapura=Utk cuci segala kekotoran sebelum basuh muka dgn pencuci.
- Toner= Pakai selepas cuci muka
- Sunblock cream= Pakai selepas pakai krim muka.
Pastu dia bagi aku 1 free anti stress krim.
Aku still boleh terus menggunakan pencuci muka dan whitening cream loreal aku tuh. Cuma ada tambahan pada produk tuk je...
Yang boleh aku terjebak membeli dan mencuba, sebab nyonya tu bg buat bayaran ansuran.. huhuhuhu..
3 barang tu kalo aku nk beli cash, mmg tak tercapai akalku.. tapi sebab leh bayar ansur aku pon beli lah...
2 minggu aku pakai, mcm ade perubahan la jugak walopon tak bape nak ketara.
Tapi sebab aku si pemakai dan si pengguna juga si pemilik wajah, jadi aku tahu akan sejauh mana perubahan yang terjadi kat muka aku...
3 minggu lepas aku baru jer buat facial... 29 tahun.. kali pertama muka aku di facial kan!
Bukan aku xnak buat sebelum ni.. tp sbb dok dgr org ckp, wat facial nnt muka jd teruk lah.. naik jerawat banyak lah.. aku jd mcm takut.. tu yg tak penah pegi wat facial..
Tapi rupe nyer.. baru aku tahu, kalo nak cantik, muka harus kena facial.. KENA!!
hehehhe.. boleh?

Skang dah dekat 3 bulan aku pakai produk ni.. tak abis lagi.. sbb berjimat cermat hehhe.. *mahai wooo.. mampoih la pakai kerap²*
Muka aku semakin terserlah kemanisan nyer.. huihuihui *kilat sabung menyabung!*
Dulu kalo aku malas pakai mekap, mak ai! muka mcm tahaper jer..
Minyak leh kaut buat goreng ikan!
Skang, tak pakai mekap pon, muka aku takde minyak², jgn kata anak jerawat, baby jerawat pon tak berani nk muncul. Kalo ade pon... dia sekadar melayan perasan ditepi-tepi, belakang² pentas yg org tak nampak.. hehehhe
So far, aku sgt berpuas hati lah... En.Nurul pon takde nak komplen ape².. *yerlah.. aku beli xguna duit dia...* huuhuhu

Ni pic paling VASSS! sebab aku snap sebelum entry ini diterbitkan! Nyehhhh,...
Aku suke idung aku yg dh xde krutu krutu (black head)..
Keliling mata aku yg dh xde lingkaran nyamuk gelap..
Bekas jerawat kat pipi tu dh beransur malap...
Kulit dah tak berminyak lagi...
Yeaaaaa!!! Transfomasi telah berhasil!!
Tapi.. utang belom abissss!!
Sape nak jawab?

::CITER GANU YG PANJANG!::

Haluuuu...
Nak dgr tak citer pasal Aku g Ganu?
Tapi non ado laaa cite yg syok²...
Sbb aku pegi bukan berhanimun bercuti mencandat sotong sgale..
Aku pegi untuk pemilihan pemain bowling bg kejohanan Intervarsiti @UMT bulan 6 nanti...
Wahhhh... vass da vass kan.. baru pemilihan dh bergedik ke Terengganu...
Well.. USM kan banyak duit.. WooOPPSS!! heee!

Kami bertolak ohh.. bukan tolak bas.. naik bas ekceli...
Naik bas dari USM hari jumaat lebih kurang jam 10.30 mlm gitu..
Aku keseorangan tanpa ditemani En.Nurul sayang..
Sebab En.Nurul ku pegi bersama kawan nyer pada keesokan malam nyer..
Malam tu kan ujan berenyai renyai sepanjang jalan...
Aku yang kemengantukan tahap dewa tetap tak boleh nak lelapkan mata disebabkan sejuk yg terlampau!
Aku rasa mcm nak jerit jer kat pakcik driver tu suh tutup ekon!
Giler menggigil-gigil, ketak-ketak gigi aku tau!
Aku ni tak tahan sejuk.. sikit² tu blh lagi.. kalo terlampau tu mmg aku akan jadi tak karuan!
Segala jenis posisi aku duduk.. ekon atas tu aku kalih sana, kalih sini, tetap tak betah!
masih jugak rasa sejuk yang tak normal...
Aku bagi msg kat En.Nurul konon mcm nak minta simpati.. leh dia gelakkan aku! cheyy!!
Takpe takpe.. esok dia balik naek bas.. tau la.. huuuhu!!
Sampai di Hentian Lebuhraya Timur Barat, aku bergegas turun melempiaskan sisa kecilan yang aku tahan² dari dalam bas!
Aku order minum air gano panas! Pergghhh.. konon mcm blh jer panas kan badan aku kan... tak penah² aku minum gano tu.. *sblm ni kt umh dok bancuh tuk En.Nurul aku minum jer...*
takpe.. itu nama nyer ikhtiar...
Sambung lagi perjalanan.. Aku rasa mlm itu adalah malam yang amat panjang...
SEBAB AKU TAK LEH TIDO!!! HUUUWAAAA...
Sejuk baiii.. aku tak leh lelap mata walopon sekejapan!
Aku amik keputusan tuk sumbat rongga ekon yg atas tu dgn tisu!
YES! YES! berjaya mengurangkan kesejukan terlampau itu!
Tah cane.. aku rasa mcm aku tertido pulak.. mungkin tahap kemengantukan aku adalah telah melepasi zon zon utk pejam secara automatik...
Sebab ape, aku blh tak sedo diri bila bas benti kat depan masjid tuk semayang subuh!! huhuhu.. Subuh aku melayang okey!! *tu pon drg ckp ms dh masuk hotel*
Aku terjaga tgk jam 7.30 pagi! dah terang! Sampai dah ke? hehehhe.. aku tgk bas belok nampak papan tanda "PANTAI BATU BURUK"! Heee.. dah sampai.. Alhamdulillah...
Berjaya juga aku mengharungi kesejukan bas yang terlampau itu...
Satu hal, bas meronda cari hotel penginapan kami tak jumpa... Kata nya erea Pasar Payang.. Tapi tak nampak kelibat hotel yang berkenaan pon..
Pusing punya pusing, tanya pakcik bomba, jumpa lah jugak.. Hotel Seaview...
Berhadapan dengan Istana Maziah...

Sabtu:- Siap Check in.. lepak².. mandi².. kluar cari bekpes...
Balik Hotel.. bubummmm!!! 2.30 bangun.. mandi² solat...
Petang, g jenjalan.... Masing² bawak diri.. bawak haluan...
Malam.. Lepak Hotel.. layan AF...
Abis AF.. kluar pekena roti canai sama teh tarik.. *sebelah hotel jer pon.. 3,4 langkah dh sampai!*
Masuk bilik.. TIDOOOO!!!

Ahad:- Siap² check out terus.. Carik bekpes... Terus ke tempat tujuan.. STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN!
Kami main sebanyak 14 game!!
Haduhhhh... rasa mcm mau patah lengan aku!
Tapi aku tak sellected... Sebab masih ade pemain yg lebih terror dari aku!!
Atau dalam erti kata lain... Aku dh pencen! dah lama tak training.. Skill pon tak berterbangan merata hala... nak carik arrow pon jenuh!
14 game, total pin point=2068, average=148 huuwaaaaa!! Sedih sedih!
Paling high score aku dpt 213. tu pon game ke 7!
baru je dapat step, dah kena rest tuk second block!
Arrghhh!! Mencik! Mencik!
Mencik menceritakan tentang game aku ari tu!!
Disebabkan 14 game tu, tangan aku selenguh lenguhnya, sepanjang perjalanan balik dalam bas aku mengaduh sakit...
Pinggang aku sakit.. Sib baik En.Nurul aku ade.. Sape lagi tpt aku nak bermanja kan...
Sama seperti perjalanan dtg, kesejukan aku ditambah lagi dengan kelenguhan tangan dan kesakitan merata alam.. tapi agak terubat sebab leh peluk², manja² ngan En.Nurul dalam bas! heheheh.. NO 18sx OK!!
Telan panadol utk sakit urat tu sebijik, lega lahhh...
Jam 4 pagi, kami sampai di USM.. Alhamdulillah.. tapi aku masih mamai.. balik umh, mandi² ala kard terus panjat katil carik bantal ucuk!! hurmm hurmm.. lenaaa sampai tgh ari!!!

Dah baca dgn pjg lebar??
baguss... *aku pon letih dh menaip*
skang tgk lah picture slide show ni plak...
Bismillahirramanirrahim...



walopon aku tak terpilih.. dengar kata, aku akan dilantik jadi LO?
ape tu? tak kesah lah.. janji aku dpt pegi Intervarsity! hehehhe...


April 10, 2009

::KU BERSUJUD::

::KU BERSUJUD::

kumenatap dalam kelam
tiada yg bisa kuliat
selain hanya namamu ya Allah

esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

kau tempat ku meminta
kau beri ku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yg slalu bertaqwa

ampuni ku ya Allah
yg sering melupakanmu
saat kau limpahkan karuniamu
dalam sunyi aku bersujud

DOWNLOAD LAGU DI SINI

April 8, 2009

::BOROI? BAHAGIA??::

Aku baru baca email ni.. Sangat berinfo...
Tapi untuk para isteri dan para suami jerk ok!
Yang Belum kawen, atau teringin nak kawen.. NIKAH lah cepat²..
Info ni bagus utk anda!
Baca Taw!!

Suami boroi tanda bahagia?

SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga. Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72 kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4 bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya?

ISTERI BAHAGIA,
Hulu Langat.

JAWAPAN

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti
berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumahtangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.
Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain 'boroi'. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan.
Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya.

Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik
beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan
penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.

Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air mani isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka
buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar
boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab. Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh
isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan
pemakanan sihat sekeluarga.



Bila lagi nak gemuk... hik hik hik

April 7, 2009

::AKU TGH...:::


AKU TGH BENGANG SKANG NI!!

AKU KALO BENGANG, AKU SKE WAT KEJE...
AKU BUAT JER KEJE APE² PON TANPA MEMIKIRKAN BENGANG AKU!
TADI AKU DAH WAT KEJE NON STOP!! *sbb tgh bengang*
NOW AKU DAH RELEASE SKET, AKU WAT ENTRY!
SAJA NAK KASIK TAU SEANTERO DUNIA
AKU TGH BENGANG!!!

KEJAP LAGI AKU NAK BALIK..
AKU NAK MANDI UJAN!

ARRGHHHHHH!!!!!

KORANG KALO TGH BENGANG, KORANG WAT PE?
KALO KORANG KUSUT, KORANG WAT PE?


April 6, 2009

::SAPE NI??::

Korang kenal tak sape muka² kat bawah ni?





Macam sama jer kan pattern nyer?
hehhehe.. tu lerr...
Aksi terjebak nyer aku ngan pengaruh Mak datin ittew!

Dia wat entry yg wat aku GEDIKSS sgt nak try!! hahahahha!!
WELLLL... u know me!! siul
Ok.. itu sume gambar² kombinasi gambar aku
ngan celebriti² hollywood yg aku suke jerk...
1st = aku+Beyonce
2nd= aku+Jesicca Alba
3rd= aku+Angelina Jolie
4rd= aku+Tyra Banks
heehheh.. so, jadi lah gambar² seperti di atas...
CUN dak??
Kalo korang nak tahu lebih lanjut dan nak menerai.. masuk SINI k!

Kalo korang pandai...
ini kombinasi aku+??=
hehhehe..
Sape jwb betul.. senyum sorang2 k!!


::K.A.M.I::