::KAWAN2 KITA::

April 29, 2008

::Pemergian Yang Amat Dirasai...:

26 April 2008...
Sepatutnya tarikh tu adalah hari aku n hubby pergi pemilihan untuk mewakili Universiti ke Sukan Staf di Serawak. Tapi rezeki pada hari itu tak menyebelahi kami apabila jam 3.30 pagi, kami terima panggilan yang mengatakan nenek hubby aku telah meninggalkan kami sume utk selama-lamanya.... Inalillah....

Berita tu memang mengejutkan kami, terutama my lovely hubby. Sebab hubby aku ni dulu dijaga dan dibesarkan oleh nenek dia dari dia berumur sehari... Panggilan yang diberikan pada nenek dia pon "mak". Hubby aku memang sgt2 manja dgn mak. Dia terlalu sayangkan mak lebih dari dia sayangkan mama. Arwah mak pergi pon bukan kerana sakit apa. 2,3 hari sebelum tu, mak cuma demam. Mak takde sakit teruk, cuma mak adalah bekas pesakit strok. Walaupun gitu, mak boleh berjalan mcm biasa sebab mak kuat semangat. Apa yang aku tahu, mak tak pernah mengeluh sakit walopon mak sakit. Mak memang kuat semangat.

Apa yang kami ralatkan, waktu mak menghembuskan nafas yang terakhir, tiada sesiapa pon disisi mak melainkan tok wan. Sebab waktu tu, mak jatuh dari katil dengan keadaan muka tersembam ke lantai. Ya ALLAH! Sebak hati aku teringatkan keadaan mak waktu tu.

Subuh tu, org2 masjid dtg ke rumah utk beri penghormatan terakhir. Semua yang dtg, tgk wajah mak, akan kata, muka mak bersih. Mak tersenyum. Mungkin mak dah bersedia untuk meninggalkan kami sume. Bulan lepas, kenduri kawen sepupu hubby aku. Buat di rumah mak setelah berpuluh tahun rumah tu sunyi dengan suasana kenduri. Aku sendiri terdengar cakap2 mak, yang mak kata mak hanya nak tgk cucu dia yg ni kawen, lepas ni dia nak pegi. Itu dh menunjukkan mak memang dh tahu hayatnya takkan lama... Mak.. pemergian mu amat dirasai...

Tok wan memang sayangkan arwah mak. Walopon dorang selalu bertekak, bergaduh, tp bila mak pegi, keadaan tu paling dirasai oleh Tokwan. Suasana menjadi pilu tiap kali tokwan buka tutup kain yang menutup muka mak lebih dari 50 kali. Setiap kali dia membuka selendang itu, dia pasti akan cium wajah bersih mak. Itu yang membuat hati kami semua sebak dan tak tahan melihat perilaku tok wan.

Hubby kesayangan aku, sampai ke hari ni dia masih bersedih. Mungkin dia kesal sbb sebelum mak pegi, dia tak dapat jumpa mak. Mungkin ade sesuatu dalam hati dia yg terbuku, tak dapat utk dia luahkan. Aku faham perasaan hubby. Faham sangat-sangat. Sebab aku tahu mcm mana sayangnya hubby pada arwah mak. Setiap kali kami balik ke rumah mak, mak tak pernah lupa utk tanya kami pasal makan. Kalo dia tgh mkn, berkali-kali dia akan ajak kami makan sama-sama dgn dia. Menurut saudara mara hubby, arwah mak adalah orang yang paling pandai masak. Mcm2 resepi mak yang menjadi turun temurun mereka. Walaupon aku ni hanya cucu menantu, tp ketiadaan mak, tetap aku rasai....

Untuk hubby, redhakan lah pemergian mak... banyakkan sembahyang, sedekahkan Al-Fatihah dan Yassin untuk mak. Semoga roh mak dicucuri rahmat Allah SWT.... Semoga mak di tempatkan disisi orang2 yang beriman...

--------------------------------------------------------
FINGER NOTE! Al-Fatihah.....

April 8, 2008

:: LANGKAWI COURSE TRIP!!! ::

huhuuhhu... 1st time kaki ku menjejakkan dirinya ke Langkawi... xcited tak terkata... tp, disebabkan aku g sana bukan atas alasan nak jalan2... aku g sana sbb nak berbengkel!! tak berjalan ke mana pown.. aku hekot jerk bontot org p mana mana.. hehehhehe... al-maklumlah.. 1st time kan...
kat sana aku stay di City Bayview kat pekan kuah... mmg berkuah lah duit aku kopak kat sana... tgk lah.. gambo2 aku kat sana... n borongan brg yg sememang memang nyer bukan milik aku!! aku beli yg org kirim jew!! ngeh ngeh ngeh.. barang aku, hnya lah sebijik beg roda tu yg kalo boh darwish pon muat rasa nyerr... sekeping 'non stick pan' dan sudu garfu bersalut kan gold... n coklat coklat!




antara aksi aksi yg agak gediks! AUWW!!!-----------


Dalam teksi van nak g idaman suri, tp melencong dulu kejap ke tpt buat n jual2 gamat!


Bersama hasil borongan dari idaman suri... udah mcm org kemboja jual kain dh kaedah nyer!!





-----------------------------------------------------------------------------
FINGER NOTE! NANTI NAK PEGI LAGI SKALI... TAK PUAS!!!!

April 3, 2008

:: SUPRISEEEEEEEEEEEE!!! ::

Mmg suprise... aku suke bangettt... perfume yg MEREMBESSSSSSSSSS!!
Mekaceh cayang bucuk ibu...
Anyway...
"Happy Anniversary My Hubby!!"
*********************************030408*******************
Dah 2,3 ari kami tak bertegur... ade masalah dalaman yg membuatkan kami mencetuskan perang dingin melaysia ke 6....
tp aku wat cam beser.... wat cam takde ape... padahal dlm hati ade cinta... betapa aku rinduuuuuuuuu sgt nak peluk cium dia... huagh! huagh! huagh!
Mlm td aku meronda dgn sis nak cari adiah special tuk hubby.... sambil aku jalan.. sambil dlm pale otak seminit aku pk adiah mende nak kasik... NGEH! NGEH! NGEH!

carik nyer carik, jalan nyer jalan, akhir nyer terjumpa gak sometin yg aku rasa hubby akan suka... walopon aku tau, aku ni jarang dpt tumbs up from hubby berkenaan ngan bab2 beli baju or pakaian tuk dia... kali ni, aku tak kesah.. yg penting aku ikhlas... so, memadai lah dgn budjet yg aku simpan tuk dia.. huhuhuu.. gambo tak sempat nak snap! sbb kelam kabut nak wat suprise gak... kikikikiki..

Mlm td al kisah... tersebut lah kisah perembessssssan air mata tuk kali yg ke dua ratus juta.... ade kejadian yg berlaku mlm td dgn dihadiri sound effect cite puteri yg terbuang, membuatkan pagi td mood aku betul2 faul!!! Pagi td, aku letakkan adiah ikhlas aku dgn hny berbalutkan plastik PACIFIC dan diluar beg kertas yg agak baru, tajuk PACIFIC gak... huhuhuu...
Aku g keje hny sempat ciyom tngan hubby yg masih lena lena ayam... sbb aku betul frust mlm td!! uuuwaaaaaaaa!!! aku harap hubby suke adiah simple aku tuuu...
Dlm keta, kepala otak seminit aku still merawang tingatkan hubby n today is... our special day!! aku tatau nape relationship kami jd gini di tarikh yg sungguh bermakna ni??? aku FRUST!!!!!!!!!
Masuk opis berjalan dgn lembik kus kus sbb takde mood... ditegur opis boy aku..."CERGAS SKET ILA!!" ngeeee.. aku adiah kan dia sengeh kerang...
When aku masuk bilik, nak letak henbeg GUESS (made from Bandung), aku tgk ade sumtin pelik kat bilik aku... "mane dtg beg kertas besau ni??" "ade org masuk bilik haku ke??" aku punyerlah terbelek belek beg kertas tu sebijik cam org tak penah jmp beg kertas! muahahhahahha!!! Hati aku mcm terdetik sesuatu... aku kalih ke belakang... jeng jeng jenggggg!!! ade sesuatu yg indah atas server box dlm bilik akuuuuuuuuu!!!! uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!


aku nanges siotttttttttt!!!! THANX HUBBY!!!! Nape hubby wat cam ni??? Terharu taw!!!
tgk lah suprise yg teramat best dr hubby aku... tak penah hubby wat camni tau!! anyway.. aku sgt menghargai ape yg hubby wat... walopon hubby ni garang.. selalu marah2.. tp hubby romantik... so sweet!!! so cute!!! MUUAAAHHHH!!!!






--------------------------------------------------------
FINGER NOTE! SEGALA KEKURANGAN DARI MU TERHAPUS TATKALA AKU MELIHATKAN KEIKHLASAN MU... LUV U SO MUCH DEAR!!

April 1, 2008

:: AKU MENCIK JERAWATTTTTTTTT!! ::







uuwaaaaaaaaaa....
muka aku telah dihinggapi jerawat yg maha byk!!
huhuhuuu... mane dtg nih pown aku tatau!!
tensyen mak, nyahhhhhh!!!!
kalo korang tegur, korang adalah org yg ke 19. Cukup 20 org kompem aku kena cucuk botox!! muahahahahhaha!!!
asal kaedah nyer lah, aku pakai pencuci muka bertajuk GARNIER...
sebelum ni aku pakai tajuk LOREAL... muka aku elok licin berseri seri bagai lampu neon lagak nyer... huhuhhu...
Tp setelah 4 kali pencuci muka tajuk GARNIER tu aku beli... baru kali ni lah jerawat dimuka aku telah tumbuh mcm cendawan kaedah nyer!!!
uuuuwaaaaaaaaaaaa... aku mencik ini jerawat!!!!

--------------------------------------------------------
FINGER NOTE! mmg aku pantang ade jerawat! asek nak picet jerk!

::K.A.M.I::